Thursday, May 22, 2008

hutang kad credit negera

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ah- mad Badawi.daripada jumlah hutang kad kredit sebanyak RM23.3 bilion, 89.3 peratus atau RM20.8 bilion adalah baki semasa; 8.4 peratus atau RM2 bilion adalah baki tertunggak tidak melebihi tempoh tiga bulan dan hanya 2.3 peratus atau RM500 juta merupakan baki tertunggak melebihi tiga bulan atau pinjaman tidak berbayar (NPL).

''Tahap pinjaman tidak berbayar kad kredit juga masih terkawal dan telah menurun kepada 2.3 peratus pada akhir Februari 2008 berbanding 16.1 peratus pada 1998 iaitu ketika krisis kewangan serantau,'' katanya.

bdullah berkata, berdasarkan statistik tabiat pembayaran kad kredit bagi tempoh Julai-Disember 2007, secara puratanya, 30 peratus daripada pemegang kad menyelesaikan jumlah baki yang belum dijelaskan sepenuhnya pa- da setiap bulan.

Katanya, hampir 60 peratus daripada jumlah yang dibelanja menggunakan kad kredit pada setiap bulan dijelaskan secara penuh pada bulan berikutnya.

Beliau berkata, sepanjang 2007, daripada 5.6 juta permohonan kad kredit, institusi pengeluar kad itu hanya meluluskan 2.8 juta permohonan atau 49.7 peratus dan ia menunjukkan pengeluaran kad kredit tidak dilakukan sewenang- wenangnya.


Abdullah berkata, jumlah kes muflis disebabkan hutang kad kredit dari 2004 hingga 2007 ialah 6,405 kes iaitu 2004 (1,397), 2005 (1,479), 2006 (1,656) dan 2007 (1,873).utusanmalaysia22mei2008



No comments: