Thursday, June 12, 2008

peluang business antarabangsa:Restoran JomMakan

JomMakan London, sebuah restoran francais MalaysiaKitchen, akan diperluaskan ke seluruh dunia kerana ia berpotensi untuk meraih keuntungan serta meletakkan nama Malaysia di peta dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Restoran cepat saji yang terletak di Jalan Pall Mall, sebuah kawasan sibuk di kota London ini, menurut beliau, akan dibuka di Amerika Syarikat dan Australia pada masa depan.
Restoran JomMakan London merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan yang bertujuan meletakkan hasil pengeluaran pertanian dan produk berasaskan pertanian Malaysia pada kedudukan strategik menerusi rangkaian restoran dan premis peruncitan di luar negara.
Restoran itu wajib menghidangkan lima menu asas masakan Malaysia iaitu nasi lemak, roti canai, sate, nasi goreng dan mee goreng.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pengusaha restoran yang berminat untuk membuka restoran masakan Malaysia di luar negara berpeluang mendapat pinjaman daripada Exim Bank dengan kadar faedah yang rendah.utusanmalaysia12jun2008

No comments: