Thursday, May 22, 2008

produk eksport halal ke Belanda

Malaysia bercadang menggunakan Pelabuhan Rotterdam, Belanda sebagai pusat pengedaran produk eksport halal negara ini ke Eropah Barat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan Rotterdam kerana ia merupakan bandar kedua terbesar dan berpotensi di negara itu.

''Selain itu, cadangan menggunakan pelabuhan itu juga adalah kerana minat tinggi yang ditunjukkan oleh Belanda dalam bidang pengedaran produk halal,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Algaechem Sdn. Bhd. dengan syarikat Belanda, Ingrepro BV yang melibatkan pelaburan antaranya dalam bidang produk penjagaan kesihatan bernilai RM49.8 juta di negara ini, di sini hari ini.utusanmalaysia22mei2008

No comments: