Thursday, June 26, 2008

MAS mudahkan sistem, jimat RM100 juta setahun

Pengurus Besar Kanan bagi Pengurusan Peralihan, Dr. Amin Khan berkata, sistem itu dijangka menjimatkan kira-kira RM100 juta setahun, dengan tiket elektronik sahaja menawarkan penjimatan sebanyak kira-kira RM70 juta atau 70 peratus.

"Anda tidak lagi akan nampak tiket-tiket berasaskan kertas setahun dari sekarang. E-Tiket menjimatkan kira-kira RM19 bagi setiap transaksi dan mulai Ogos tahun lepas kami telah menjimatkan RM114 juta," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Amin berkata syarikat penerbangan nasional itu merekodkan 97 peratus kadar peralihan kepada e-tiket.utusanmalaysia26jun2008

Goverment Statement on Non Performing Loan

Goverment statement in utusanmalaysia on 26Jun2008 is quoted: "Kerajaan akan memantau perkembangan semasa kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) berikutan peningkatan kadar inflasi.Nor Mohamed menjelaskan, masih terlalu awal untuk melihat kesan akibat kenaikan kadar inflasi kepada kadar NPL semasa"

NPL is Non Performing Loan=definition given by wikipedia state the meaning:

"A non-performing loan is a loan that is in default or close to being in defualt. Many loans become non-performing after being in default for 3 months, but this can depend on the contract terms"

relation between inflation and NPL??

Monday, June 16, 2008

Statistik perkapita dan kuasa beli rakyat malaysia

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, pendapatan perkapita rakyat Malaysia juga meningkat hampir 20 kali ganda iaitu daripada RM1,132 pada tahun 1970 kepada RM23,114 pada tahun 2007.
“Kuasa membeli juga meningkat 12 kali ganda iaitu daripada AS$$1,247 pada tahun 1970 kepada AS$$14,483 pada tahun 2007 yang jelas menunjukkan peningkatan pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini,” katanya.utusanmalaysia17jun2008

Thursday, June 12, 2008

Keuntungan Petronas

Petronas tahun lalu meraih keuntungan sebelum cukai, royalti dan duti eksport RM86.8 bilion.
Daripada jumlah itu, RM52.3 bilion diserahkan kepada kerajaan dalam bentuk dividen, royalti dan duti eksport, RM7.8 bilion adalah bayaran cukai asing dan kepentingan minoriti, manakala bakinya sebanyak RM26.7 bilion dilaburkan semula.
Sejumlah RM52.3 bilion yang diserahkan semula kepada kerajaan itu bersamaan dengan 35 peratus daripada jumlah hasil kerajaan tahun lalu sebanyak RM141.09 bilion.beritaharian12jun2008

Subsidi Minyak dan Budget Defisit

Dalam pembentangan Bajet 2008 pada Ogos tahun lalu, kerajaan memperuntukkan bajet RM168.799 bilion, yang mana RM39.227 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, sementara bakinya untuk perbelanjaan pengurusan termasuk pemberian subsidi.
Hasil kerajaan tahun ini pula diunjurkan RM147.093 bilion. Ia bermakna defisit bajet keseluruhan kerajaan tahun ini adalah RM20.933 bilion atau bersamaan 3.1 peratus daripada nilai KDNK negara.
Bagaimanapun, unjuran defisit itu berdasarkan anggaran perbelanjaan subsidi minyak RM8.8 bilion, yang dikira ketika harga minyak mentah dunia pada paras AS$70 setong.
Jika berdasarkan kepada harga minyak mentah dunia AS$125 setong, sekiranya kerajaan mahu mengekalkan harga runcit petrol dan diesel pada paras sebelum ini, iaitu masing-masing RM1.92 dan RM1.58, subsidi perlu ditanggung kerajaan tahun ini meningkat kepada RM28 bilion. Berdasarkan kepada harga minyak mentah AS$128 setong pula, jumlahnya ialah RM33 bilion.
“Justeru, jika kerajaan tidak melakukan sesuatu, defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus, lebih tinggi daripada 5.5 peratus ketika kemuncak krisis ekonomi pada 1997.
“Angka ini tidak boleh diterima kerana kita sekarang bukan berdepan dengan masalah kelembapan ekonomi seperti ketika krisis ekonomi dulu,” tegas Nor Mohamed.
Defisit dalam bajet dibiayai kerajaan menerusi hutang. Justeru, lebih besar kadarnya, maka lebih banyak hutang yang perlu diambil kerajaan.
Nor Mohamed menjelaskan, defisit yang tinggi adalah tidak baik untuk negara kerana ia menjejaskan penarafan Malaysia, sekali gus menyebabkan kos meminjam kerajaan dan sektor swasta tempatan meningkat.
“Kos meminjam yang tinggi akan menjejaskan keanjalan kerajaan menguruskan ekonomi kerana jika negara dilanda kelembapan ekonomi, kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan pakej rangsangan,” katanya sambil menegaskan, kelembapan ekonomi yang dialami dunia ketika ini adalah benar-benar berlaku dan Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.beritaharian12jun2008

Pengguna Bukan Islam Bank Islam

Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) berminat untuk bergabung dengan mana-mana institusi kewangan bagi memenuhi agenda perluasan operasi dan memperkukuhkan kedudukannya.
Bank Islam yang mempunyai 1.5 juta pelanggan kini menguasai produk deposit sebanyak 20 peratus.
Setakat ini, kira-kira 80,000 orang bukan Islam dan 60,000 orang Islam menggunakan perkhidmatan tersebut, katanya.utusanmalaysia6jun2008

peluang business antarabangsa:Restoran JomMakan

JomMakan London, sebuah restoran francais MalaysiaKitchen, akan diperluaskan ke seluruh dunia kerana ia berpotensi untuk meraih keuntungan serta meletakkan nama Malaysia di peta dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Restoran cepat saji yang terletak di Jalan Pall Mall, sebuah kawasan sibuk di kota London ini, menurut beliau, akan dibuka di Amerika Syarikat dan Australia pada masa depan.
Restoran JomMakan London merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan yang bertujuan meletakkan hasil pengeluaran pertanian dan produk berasaskan pertanian Malaysia pada kedudukan strategik menerusi rangkaian restoran dan premis peruncitan di luar negara.
Restoran itu wajib menghidangkan lima menu asas masakan Malaysia iaitu nasi lemak, roti canai, sate, nasi goreng dan mee goreng.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pengusaha restoran yang berminat untuk membuka restoran masakan Malaysia di luar negara berpeluang mendapat pinjaman daripada Exim Bank dengan kadar faedah yang rendah.utusanmalaysia12jun2008