Wednesday, May 21, 2008

pelaburan RM8.3 bilion

Kongres Teknologi Maklumat Sedunia 2008 (WCIT 2008) yang masuk hari terakhir hari ini, berjaya menarik pelaburan sebanyak RM8.3 bilion (AS$$2.6 bilion) yang sebahagian besarnya melibatkan projek-projek berimpak tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu lebih daripada RM1 bilion nilai peluang-peluang perniagaan telah dikenal pasti iaitu hasil daripada 800 pertemuan yang diadakan antara penggiat-penggiat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepanjang kongres itu berlangsung.

Katanya, kesemua pencapaian tersebut merupakan bukti keyakinan para pelabur terhadap kemampuan Malaysia sebagai pusat pelaburan dalam bidang ICT terkemuka di rantau ini.

''Antara syarikat yang telah memberi sumbangan besar terhadap nilai pelaburan yang diperolehi sepanjang WCIT ini ialah Hewlett Packard (HP), TeleTech, AIG dan Rhythm and Hues Studios dan bagi saya kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua pihak.

''Ia tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi hasil perancangan rapi oleh semua pihak yang terlibat khususnya pihak kerajaan. Pencapaian ini sebenarnya telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan ICT utama dunia," katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media di hari terakhir WCIT 2008 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.utusanmalaysia22mei2008

1 comment:

Unknown said...

pinjaman! pinjaman!! pinjaman!!!
Apakah Anda mencari perusahaan pinjaman swasta terkemuka dan terakreditasi yang memberikan pinjaman untuk kesempatan seumur hidup. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman pribadi, pinjaman mobil, pinjaman hipotek, pinjaman mahasiswa, pinjaman usaha, pinjaman investasi, konsolidasi hutang dan banyak lagi. Sudahkah anda ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Jangan terlihat seperti kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda menjadi sesuatu dari masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada perorangan dan perusahaan yang membutuhkan bantuan keuangan dengan tarif 2%. Tidak ada nomor jaminan sosial yang dibutuhkan dan tidak diperlukan pemeriksaan kredit, 100% dijamin. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang andal dan suportif dan kami akan dengan senang hati menawarkan pinjaman kepada Anda.
Kemudian kirimkan email ke: (amandaafredoloan42@gmail.com) untuk mengajukan pinjaman.