Friday, October 25, 2013

CERITA GST UNTUK ORANG KAMPUNG

AYAM DALAM REBAN LEBIH ENAK DARI KFC
Katakan jumlah seluruh barang di malaysia ni ada 100 jenis (tak termasuk barang yang dikecualikan daripada cukai baru GST seperti beras). dalam sistem cukai lama (SST) , 30 barang dikenakan cukai dengan kadar secara umumnya 10%.sekarang ni, kesemua 100 barang tersebut dikenekan cukai dengan kadar 6%. GST akan beri kesan kepada golongan kaya, sederhana dan miskin. Cukai SST biasanya yang kene bayar ialah golongan kaya dan sederhana.Miskin tak terkesan dengan SST. Contoh barang yang kene SST ialah KFC, pakcik kat kampung tak pernah makan KFC, sebab ayam dalam reban lebih enak berbanding KFC.

DAPAT BR1M BELI MESIN TEBU : JANA EKONOMI
Memandangkan GST bakal beri kesan kepada pakcik semasa nak beli barang nanti, kerajaan dah bantu dengan peruntukkan BR1M. Andaikan begini ; selepas GST dilaksanakan, pakcik kene tambah belanja sebulan RM50 atau RM 600 setahun . Tapi dengan BR1M yang kerajaan peruntukkan kepada pakcik RM650 setahun, pakcik masih lagi jimat RM50. Tu pun bergantung kepada perbelanjaan pakcik lah. Bagi yang berpendapatan sederhana, kerajaan bantu dengan pelepasan cukai. PM dah umum Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai. Golongan kaya, cukai pendapatan kene bayar, cukai GST pun kene. Ok lah, sebab mereka kaya.Jadi, pakcik jangan sesekali guna duit BR1M untuk tukar Handset, atau beli stok rokok.pakcik seeloknya beli mesin air tebu untuk tambah lagi pendapatan pakcik yang juga untuk tampung bayar GST tu?!!! 

HARAPAN ORANG KAMPUNG
Pakcik sebagai orang kampung atau golongan berpendapatan rendah harap dari kerajaan beberapa perkara berikut ( setelah ikut siri penerangan ini) :
1)      Kerajaan jangan hanya bagi BR1M. sebab BR1M ni boleh tolong pakcik untuk jangka pendek.Tapi elok juga kalau dapat bagi bantuan lain yang boleh beri kesan jangka panjang seperti bantuan perniagaan tanpa faedah untuk pakcik luaskan lagi business jual air tebu pakcik

2)      Harap barang keperluan asas yang dikecualikan cukai GST tidak hanya terhad kepada beras gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu dan belacan sahaja, tetapi lebih banyak lagi dikecualikan seperti sayuran, kekacang,bawang, halia, kicap, cuka, sabun, sos, cuka, ikan, ayam, itik, daging, barang mainan kanak-kanak, alat plastic, kuali, sudu, garpu, timba, tilam, cadar, langsir, pakaian, seluar, pampes, susu, buahan, dan sebagainya.sebab pakcik bukan makan nasi dengan budu sahaja sepanjang tahun, nak juga tukar selera, makan nasi dengan kicap, telur dan sedikit sayur


3)      Harap pakcik juga, pandai-pandai lah kerajaan urus duit cukai GST hasil dari titik peluh pakcik jual air tebu ini. Tak nak dah timbul pistol hilang, jemput artis korea datang. Sebab tu guna duit pakcik juga. Walau mungkin 10 sen. Tapi pakcik susah nak dapatkan 10 sen tu. Bukan senang jugak nak bagi . tapi terpaksa bagi. Sebab nak elak membeli susah. Nak membeli barang-barang yang tidak dikenekan cukai sahaja pun susah juga. Pakcik lagi tak tahu barang apa yang tak dikenekan cukai.sampai dikaunter, terus aje bayo. Pakcik orang miskin tak dapat nak lari dari cukai GST ni. Tapi kalau kerajaan terbukti pandai belanja duit. Ahh..rasa la lega bila nak bayar cukai.

Wednesday, October 23, 2013

PENGALAMAN MELABUR DI AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

Saya mula invest dalam pelaburan Ini pada 16/4/2013 sebanyak RM500.Akhirnya pada 17/10/2013. Agihan keuntungan dan bonus dikreditkan sebanyak RM15.88. Ini bererti dalam tempoh 6 bulan, saya peroleh keuntungan sebanyak 3.176%.Saya akan tunggu pula keuntungan pada 6 bulan kedua bagi tahun pertama. dan saya akan paparkan lagi kepada anda untuk tahun-tahun kedua dan seterusnya. Jangkaan saya, bagi tahun selanjutnya, keuntungan pasti lebih berganti disebabkan faktor perkembangan dana.