Friday, October 25, 2013

CERITA GST UNTUK ORANG KAMPUNG

AYAM DALAM REBAN LEBIH ENAK DARI KFC
Katakan jumlah seluruh barang di malaysia ni ada 100 jenis (tak termasuk barang yang dikecualikan daripada cukai baru GST seperti beras). dalam sistem cukai lama (SST) , 30 barang dikenakan cukai dengan kadar secara umumnya 10%.sekarang ni, kesemua 100 barang tersebut dikenekan cukai dengan kadar 6%. GST akan beri kesan kepada golongan kaya, sederhana dan miskin. Cukai SST biasanya yang kene bayar ialah golongan kaya dan sederhana.Miskin tak terkesan dengan SST. Contoh barang yang kene SST ialah KFC, pakcik kat kampung tak pernah makan KFC, sebab ayam dalam reban lebih enak berbanding KFC.

DAPAT BR1M BELI MESIN TEBU : JANA EKONOMI
Memandangkan GST bakal beri kesan kepada pakcik semasa nak beli barang nanti, kerajaan dah bantu dengan peruntukkan BR1M. Andaikan begini ; selepas GST dilaksanakan, pakcik kene tambah belanja sebulan RM50 atau RM 600 setahun . Tapi dengan BR1M yang kerajaan peruntukkan kepada pakcik RM650 setahun, pakcik masih lagi jimat RM50. Tu pun bergantung kepada perbelanjaan pakcik lah. Bagi yang berpendapatan sederhana, kerajaan bantu dengan pelepasan cukai. PM dah umum Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai. Golongan kaya, cukai pendapatan kene bayar, cukai GST pun kene. Ok lah, sebab mereka kaya.Jadi, pakcik jangan sesekali guna duit BR1M untuk tukar Handset, atau beli stok rokok.pakcik seeloknya beli mesin air tebu untuk tambah lagi pendapatan pakcik yang juga untuk tampung bayar GST tu?!!! 

HARAPAN ORANG KAMPUNG
Pakcik sebagai orang kampung atau golongan berpendapatan rendah harap dari kerajaan beberapa perkara berikut ( setelah ikut siri penerangan ini) :
1)      Kerajaan jangan hanya bagi BR1M. sebab BR1M ni boleh tolong pakcik untuk jangka pendek.Tapi elok juga kalau dapat bagi bantuan lain yang boleh beri kesan jangka panjang seperti bantuan perniagaan tanpa faedah untuk pakcik luaskan lagi business jual air tebu pakcik

2)      Harap barang keperluan asas yang dikecualikan cukai GST tidak hanya terhad kepada beras gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu dan belacan sahaja, tetapi lebih banyak lagi dikecualikan seperti sayuran, kekacang,bawang, halia, kicap, cuka, sabun, sos, cuka, ikan, ayam, itik, daging, barang mainan kanak-kanak, alat plastic, kuali, sudu, garpu, timba, tilam, cadar, langsir, pakaian, seluar, pampes, susu, buahan, dan sebagainya.sebab pakcik bukan makan nasi dengan budu sahaja sepanjang tahun, nak juga tukar selera, makan nasi dengan kicap, telur dan sedikit sayur


3)      Harap pakcik juga, pandai-pandai lah kerajaan urus duit cukai GST hasil dari titik peluh pakcik jual air tebu ini. Tak nak dah timbul pistol hilang, jemput artis korea datang. Sebab tu guna duit pakcik juga. Walau mungkin 10 sen. Tapi pakcik susah nak dapatkan 10 sen tu. Bukan senang jugak nak bagi . tapi terpaksa bagi. Sebab nak elak membeli susah. Nak membeli barang-barang yang tidak dikenekan cukai sahaja pun susah juga. Pakcik lagi tak tahu barang apa yang tak dikenekan cukai.sampai dikaunter, terus aje bayo. Pakcik orang miskin tak dapat nak lari dari cukai GST ni. Tapi kalau kerajaan terbukti pandai belanja duit. Ahh..rasa la lega bila nak bayar cukai.

Wednesday, October 23, 2013

PENGALAMAN MELABUR DI AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

Saya mula invest dalam pelaburan Ini pada 16/4/2013 sebanyak RM500.Akhirnya pada 17/10/2013. Agihan keuntungan dan bonus dikreditkan sebanyak RM15.88. Ini bererti dalam tempoh 6 bulan, saya peroleh keuntungan sebanyak 3.176%.Saya akan tunggu pula keuntungan pada 6 bulan kedua bagi tahun pertama. dan saya akan paparkan lagi kepada anda untuk tahun-tahun kedua dan seterusnya. Jangkaan saya, bagi tahun selanjutnya, keuntungan pasti lebih berganti disebabkan faktor perkembangan dana.

Friday, March 15, 2013

Komen Kajian Peribadi Ini : Untung Bila Tukar Pinjaman Kereta Kepada Pinjaman Peribadi


Saya bercadang untuk melakukan penyelesaian awal kepada ansuran kereta saya. Bolehkah dengan menggunakan pinjaman peribadi untuk menyelesaikannya?

Untuk mejawab persoalan ini, terlebih dalulu saya mengemukan beberapa fakta berkaitan dengan ansuran kereta saya.

-Bank : BIMB
-Produk kewangan : Islamic Bay’ Bithamin Ajil
-jumlah pinjaman : RM 42 500
-Jumlah Keuntungan : RM 17 425
-Jumlah keseluruhan pembayaran : RM 59 925
-kadar keuntungan : 4.1 %
-jumlah tempoh ansuran : 120 bulan
-jumlah ansuran bulanan : RM 500(bulan ke-120 ansuran adalah sebanyak RM425)
-tarikh ansuran : Julai 2010 hingga Jun 2020

Jumlah pembayaran dari julai 2010 sehingga mac 2013 ialah RM 16 500 (RM500 X 33 bulan).

Jika saya melakukan pembayaran awal ? berapakah jumlahnya ? berapa pula rebate yang saya perolehi ?

Dengan pengiraan yang telah saya rujuk dari BNM(rujuk pos terdahulu dalam blog ini), maka jumlah rebate saya jika penyelesaian dibuat pada April 2013 = RM 9187 dan jumlah bayaran bagi penyelesaikan pinjaman kereta adalah RM 34238.-pada 17 Mac 2013,saya ada menghubungi BIMB, mereka telah menyatakan jika saya membuat penyelesaian pada 31 Mac 2013, jumlah yang perlu saya settelkan ialah RM 34446.09.Jadi, kaedah pengiraan yang diberikan oleh BNM agak tepat.

Jadi, saya bercadang membuat pinjaman peribadi untuk menguruskan baki pinjaman kereta tersebut dengan menggunakan sebuah bank. Kadar semasa yang dikenakan ialah 3.95%. tempoh pinjaman ialah 10 tahun. Jumlah pinjaman ialah RM 35 000. Jadi, hasilnya adalah fakta seperti berikut :

Jumlah keuntungan bank : RM 13524

Ansuran bulanan : RM 406

Setelah bayaran baki RM 34238 selesai dilunaskan, kereta sudah menjadi milik saya mutlak. Selanjutnya, saya bercadang menjual kereta saya pada  Mac 2015. Adakah saya mengalami kerugian setakat ini ? jawapannya saya masih lagi beroleh keuntungan. Kerana dari tempoh April 2013 hingga mac 2015, saya terpaksa tanggung bayaran sebanyak RM12000 jika pinjaman kereta lalu masih diteruskan (RM 500 X 24 bulan). Walaubagaimanapun, disebabkan saya menyelesaikannya dengan bertukar kepada pinjaman peribadi. Jumlah ansuran bulanan saya dalam tempoh tersebut ialah RM 9744 (RM 406 X 24 bulan) saya masih lagi jimat RM 2256 berbanding jika masih kekal dengan pinjaman kereta.

Katakan kereta Persona Elegance Basic Line  tahun 2010 saya dapat dijual pada harga RM 18 000 pada Mac 2015 tersebut. Saya masih untung sebanyak RM 20256 (RM18000 + RM2256). Iaitu jumlah harga kereta ditambah dengan jumlah penjimatan dalam tempoh 24 bulan hasil perpindahan dari pinjaman kereta kepada pinjaman peribadi.

Selanjutnya, kita lihat pula dalam tempoh 24 bulan tersebut, pihak bank telah memperoleh keuntungan sebanyak RM 2765 (kadar keuntungan pinjaman peribadi RM 13524 / 120 bulan, kadar sebulan keuntungan ialah RM115.21 X 24 bulan=RM2765). RM2765 ini dianggap kerugian kepada saya.

Selanjutnya, saya ingin mengambil kira jumlah rebate yang diterima hasil penyelesaian awal pinjaman kereta lalu iaitu RM9187. Ianya adalah penjimatan bagi saya kerana dengan perpindahan dari pinjaman kereta kepada pinjaman peribadi , saya tidak perlu membayar kepada bank jumlah tersebut. Ia pastinya satu penjimatan.Jadi, penjimatan yang saya perolehi RM 9187 ditolak dengan keuntungan bank perolehi hasil pinjaman peribadi baru selama 24 bulan iaitu RM 2765 menatijahkan saya masih untung atau jimat RM6422.

Seterusnya, penjimatan / keuntungan saya terhadulu iaitu RM 20256 ditambah dengan RM6422 menjumlahkan sebanyak RM26256. Betul ke saya benar-benar jimat? Tidak , lihat selanjutnya pula.

Baki tempoh pinjaman peribadi saya selepas tempoh jual kereta saya ialah 96 bulan (120 bulan – 24 bulan). Jadi jumlah ansuran yang masih saya perlu bayar ialah RM 38976 (RM406 X 96 bulan).

Oleh itu, keuntungan atau penjimatan terdahulu saya iaitu RM 26256 dibandingkan dengan RM38976, saya masih lagi rugi sebanyak RM 12720. Walaubagaimanapun, ini adalah jumlah kerugian yang perlu saya peruntukkan setelah saya tukar dari pinjaman kereta kepada pinjaman peribadi. Jika, ianya tidak berlaku atau dengan kata lain saya meneruskan pinjaman kereta. Keuntungan bank dari pinjaman kereta lalu yang perlu saya berikan ialah RM 17425. Dimana, kerugian itu masih berkurangan sebanyak RM4705. Rugi tetap rugi,tapi rugi yang berkurangan dengan pertukaran dari pinjaman kereta kepada pinjaman peribadi dengan melunaskan pinjaman kereta terlebih awal dan menjual kereta tersebut beberapa tahun selepas itu. Keuntungan lain ialah, tidak perlu lagi guna kereta tersebut sehingga 10 tahun. Berpindah kepada kereta yang baru. Apa komen anda.kalau ok, boleh disyerkan plan ni?

cerita selanjutnya yang saya ingin kongsikan pada saudara-saudari sekalian ialah, saya merancang untuk menggunakan kemudahan pinjaman peribadi dengan bank sedia ada yang pernah saya buat pinjaman peribadi tahun lepas. Jumlah pinjaman tahun tersebut \ialah RM 10 000. bagi tahun ni, untuk tujuan penyelesaian hutang pinjaman kereta dan bayaran deposit rumah.jadi jumlah terkini yang saya perlukan ialah RM 70 000 selama 10 tahun (RM 9000=baki pinjaman peribadi tahun lepas, RM25000=deposit rumah,RM35000=penyelesaian pinjaman kereta. jumlah anggaran yang saya boleh guna dari jumlah RM70000 tersebut ialah sekitar RM58000-RM59000 sahaja). setelah semuanya diluluskan. ansuran bulanan saya ialah RM817. dari jumlah ini ansuran bulanan saya bertambah sebanyak RM173 sahaja. di mana ansuran pinjaman peribadi lalu RM 10 000 yang jumlah ansurannya RM144 sebulan sudah termasuk dalam jumlah ansuran pinjaman peribadi terbaru.begitu juga ansuran RM500 kereta saya juga telah termasuk dalam angka tersbut. jadi hanya RM173 bulanan, saya dapat settelkan deposit rumah RM25000. sedangkan RM25000 jika dibuat pinjaman peribadi berasingan akan menjumlahkan sebanyak RM290 sebulan.

selanjutnya lagi, kita lihat pula kemungkinan kewangan saya pada mac 2015 (masa rangcang untuk beli kereta baru!!)

pada tarikh ini, saya masih lagi perlu bayar RM817 sebulan. andaian ini cuba dicipta, saya bersetuju untuk membeli sebuah MPV second hand RM 60000. dengan trade-in persona saya.harga trade in tersebut ialah RM18000.saya gunakannya sebagai bayaran muka MPV baru saya. Jumlah pinjaman MPV baru tersebut ialah RM42000. ansuran bulanan ialah RM527 (3.95%,9tahun).jadi, ansuran bulanan keseluruhan saya terkini ialah RM1344 (RM527 + RM817).

jika saya tidak melakukan penyelesaian awal bagi kereta persona saya terdahulu. saya perlu langsaikan hutang berbakinya sebanyak RM26487. sedangnya harga trade in ialah RM18000 sahaja.saya perlu top-up lagi RM 8587. memandangkan saya tidak mempunyai modal pada ketika,saya buat lagi pinjaman peribadi.ansurannya katakanlah RM117 sebulan.kedua,jumlah ansuran peribadi sedia ada ialah RM395 (pinjaman RM25000+RM9000 sahaja.RM35000 tak terrmasuk kerana tak plan nak buat settelment kereta).dan ansuran PMV baru RM60000 ialah RM755.jadi ansuran bulanan terbaru saya pada ketika itu ialah RM1267. beza dengan RM1344 ialah RM77 sahaja.selamat mempertimbangkan plan saya ini!!

Teknik Kiraan How Rebate for Fixed Rate Financing dan Jumlah Settelment

 PENGIRAAN REBATE :
Jumlah Keuntungan Yang Tetapkan X  ( 1 + 2 +  3 sehingga kepada angka jumlah bulan belum bayar ) / ( 1 +  2 + 3 sehingga kepada angka jumlah bulanan ansuran sebenar )

Cth : Kadar Untung : RM 17 425 X 3828 (1+2+3+4...+87) / 7260 (1+2+3+4...+120)
 Rebate ialah : RM 9187

PENGIRAAN JUMLAH BAYARAN BAKI / JUMLAH LOAN SETTELMENT

Jumlah Pinjaman (RM42 500) + Kadar Untung (RM17 425) - Kadar Rebate (RM9187) = RM 50738

RM 50738 -Jumlah Yang Telah Dibayar (RM16500-33bulan X rm500)

Jumlah Perlu Bayar : RM 34238

Tuesday, January 22, 2013

Pengalaman Melabur Di Tabung Amanah

Pada 28 Jun 2005, baki wang PTPTN saya sebanyak RM1000 saya laburkan dalam satu unit amanah yang baru dilancarkan pada ketika itu,Islamic Opportunities Fund, Public Mutual Fund. Hasilnya, pada 15 Julai 2010, saya telah keluarkan sebanyak RM 997.47 dan pada 13 Mac 2012 pula sebanyak RM 501.57. Baki unit amanah saya pada ketika ini (23 Januari 2013) ialah 1846.23 dengan nilaian seunit sebanyak RM0.3297 atau jumlah semasanya adalah RM 608.70. Ini bermakna jumlah keuntungan pelaburan saya selama 7 tahun ialah RM1107.74 dengan purata keuntungan tahunan ialah RM 158.25.Nantikan info-info lain yang saya akan updatedkan dari semasa ke semasa. Saya akan kongsikan dengan anda apa yang telah TERBUKTI bukan yang belum dapat saya buktikan lagi. Nantikan sahaja pelbagai lagi peluang yang telah saya ceburi. Hanya perkongsian ikhlas. Jalannya, anda perlu cari sendiri.